SEREMBAN - Polis akan membuat post-mortem
operasi mencari dan menyelamat (SAR) remaja warga Ireland, Nora Anne Quoirin,
15, setelah siasatan kesnya selesai.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop
berkata, demikian ketika ditanya mengenai sama ada kes Nora Anne telah ditutup
selepas penemuan mayatnya.
Remaja istimewa itu dilaporkan hilang oleh keluarganya
pada 4 Ogos, sehari selepas keluarga itu mendaftar masuk untuk percutian dua
minggu di resort The Dusun, Pantai, Negeri Sembilan kira-kira 60 kilometer dari
sini.
Mayat remaja itu ditemukan selepas 10 hari dilapor
hilang, oleh pasukan sukarelawan yang menyertai operasi SAR, berkeadaan tidak
berpakaian berhampiran anak sungai di kawasan berlurah.
Lokasi penemuan itu sekitar 2.5 km dari resort ia dilapor
hilang, kawasan yang terletak dalam radius pencarian yang sebelumnya telah
beberapa kali dilalui oleh kumpulan anggota (SAR). - BERNAMA

Comments
Post a Comment