Sumber Pertumbuhan Ekonomi Negara Berisiko


Berdasarkan fakta yg diberikan oleh pihak Bank Negara Malaysia, 5 hari yang lalu, sumbangan perbelanjaan swasta terhadap pertumbuhan ekonomi negara pada suku kedua 2019 adalah 4.4 mata peratusan (percentage points).
Ini bermakna, Perbelanjaan Swasta menyumbang sebanyak 90 peratus daripada jumlah pertumbuhan negara 4.9% pada suku kedua tahun ini. Manakala sumbangan Pelaburan Swasta pula adalah 0.4 mata peratusan atau 8.2 peratus daripada jumlah pertumbuhan ekonomi. Sumbangan eksport bersih (eksport tolak import) pula adalah 1.4% atau 29 peratus daripada jumlah pertumbuhan ekonomi negara.
Dengan kata lain, para rakyat Malaysialah yang menyelamatkan ekonomi negara pada suku kedua 2019.
Pihak kerajaan tidak lansung menyumbang, bahkan ianya menguncup sebanyak 0.5% daripada jumlah pertumbuhan ekonomi negara antara bulan April dan Jun tahun ini.
Sumber pertumbuhan ekonomi negara yang terlalu bergantung kepada perbelanjaan rakyat atau pengguna, adalah sesuatu yang amat berisiko.
Ini adalah kerana para pengguna berkemungkinan akan mengurangkan perbelanjaan mereka disebabkan faktor kenaikan kos sara hidup serta sentimen yang lemah / berhati-hati.
Justeru, tiada apa yang boleh dibanggakan dengan kadar pertumbuhan 4.9 peratus seperti yang di laung-laungkan oleh Menteri Kewangan.

Sumber : Facebook Rasmi > 
Dato Seri Haji Mohamad bin Haji Hasan
Timbalan Presiden UMNO

Comments