SEREMBAN - Tiada permintaan daripada Ireland untuk bedah
siasat kedua terhadap Nora Anne Quoirin, 15, yang ditemukan meninggal dunia
selepas hilang dari resort desa The Dusun pada 4 Ogos lalu.
Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop
berkata, pegawai polis dari Perancis yang memantau bedah siasat oleh sekumpulan
pakar patologi tempatan di Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ) semalam berpuas hati
dengan keputusan tersebut.
"Pegawai perhubungan polis berkenaan sangat berpuas
hati dengan kerja pakar patologi terlibat.
"Berikutan itu, tidak ada permintaan daripada
Ireland untuk melakukan bedah siasat kedua terhadap mayat remaja itu yang
merupakan rakyat negara berkenaan," katanya di sini hari ini.
Beliau diminta mengulas laporan media asing yang memetik
sumber sebagai berkata, Ireland mahu melakukan bedah siasat kedua selepas
pengumuman polis hari ini bahawa tiada unsur jenayah dalam kematian Nora Anne.
- UTUSAN ONLINE

Comments
Post a Comment