SHAH ALAM - Timbalan Pengerusi UMNO Malaysia, Datuk
Mohamad Hasan menyertai Kejohanan Golf Piala Datuk Azhari Shaari yang diadakan
di Bukit Kemuning Golf & Country Resort di sini baru-baru ini.
Menurut Mohamad, kejohanan tersebut adalah untuk tujuan
rekreasi tanpa mengira latar belakang pemain golf yang terlibat maka ia tidak
perlu menjadi isu yang besar.
"Kejohanan golf itu perlu diteruskan pada masa depan
kerana ia merupakan aktiviti rekreasi yang menyihatkan. Saya juga perlu
bersukan seperti orang lain.
"Hari ini tanpa mengira pangkat dan jawatan
sama-sama menyertai Kejohanan Golf Piala Datuk Azhari Shaari atas semangat
perpaduan sesama kita,” katanya semasa berucap pada Majlis Perasmian Penutup
Kejohanan Piala Datuk Azhari Shaari.
Yang hadir sama Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor,
Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahalan.
Sementara itu, menurut Ketua UMNO Bahagian Shah Alam,
Datuk Azhari Shaari, kejohanan tersebut adalah wadah untuk mengeratkan hubungan
antara pemimpin UMNO dari seluruh negara khususnya di Selangor melalui aktiviti
sukan.
Katanya lagi, walaupun hadiahnya tidak semewah kejohanan
golf yang lain seramai 148 peserta berjaya dikumpulkan pada kejohanan sulung
tersebut.
"Kejohanan hari ini mendapat sambutan yang
menggalakkan daripada peserta dalam kalangan pelbagai latar belakang pemimpin
UMNO. Ada yang datang dari Negeri Sembilan dan dari seluruh Selangor untuk
bersama-sama Tok Mat Hasan memukul bola golf, " katanya. - UTUSAN ONLINE

Comments
Post a Comment