Kepada Pelanggan-pelanggan SAINS yang dihormati,
PENUTUPAN SEMENTARA BEKALAN AIR DI SEBAHAGIAN KAWASAN KUALA PILAH DAN JEMPOL BERIKUTAN KERJA-KERJA PENYELENGGARAAN SISTEM ELEKTRIKAL & SISTEM PENGOPERASIAN DI LOJI RAWATAN AIR (LRA) KUALA JELAI PADA 6 OGOS 2019
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd. (SAINS) ingin memaklumkan kepada semua pelanggan kami bahawa SAINS akan melaksanakan penutupan sementara bekalan air yang dijangka akan mengakibatkan gangguan bagi beberapa kawasan di Kuala Pilah dan Jempol seperti yang dinyatakan di bawah. Maklumat penutupan adalah seperti berikut:
Tarikh : 6 Ogos 2019 (Selasa)
Masa : 8.00 pagi (6 Ogos 2019) – 8.00 pagi (7 Ogos 2019)
Masa : 8.00 pagi (6 Ogos 2019) – 8.00 pagi (7 Ogos 2019)
Maklumat kerja
|
Kawasan terlibat
|
Langkah Kontigensi
|
Lokasi:
LRA Kuala Jelai
Jenis kerja:
Kerja-kerja Penyelenggaraan Sistem Elektrikal & Sistem Pengoperasian di Loji
|
Sebahagian kawasan Kuala Pilah:
Seluruh Mukim Ulu Jempol, seluruh Mukim Juasseh, seluruh Mukim Seri Menanti, seluruh Mukim Ampang Tinggi, seluruh Mukim Kepis, seluruh Mukim Johol dan sebahagian kawasan Ulu Yoh (Daerah Tampin) dan seluruh kawasan Melang.
|
· Penghantaran lori tangki
· Penempatan tangki statik
Akan dilaksanakan sekiranya gangguan melebihi 24 jam (selepas tempoh penutupan)
|
Bekalan air akan disambungkan semula selepas waktu yang dinyatakan dan dijangka pulih secara berperingkat. Walaubagaimanapun, beberapa kawasan tinggi dijangka akan mengalami tempoh pembaikan yang lebih lama. Untuk mak luman, kerja-kerja ini merupakan antara usaha berterusan SAINS dalam menambah baik dan meningkatkan mutu bekalan air demi kepentingan para pelanggan pada masa hadapan.
Para pelanggan yang memerlukan bantuan boleh menghubungi kami ditalian bebas tol 1-800-88-6982 untuk mendapatkan sebarang bantuan lanjut.
Hjh. Norzita Binti Ismail
Ketua Bahagian Perhubungan Awam
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.
Ketua Bahagian Perhubungan Awam
Syarikat Air Negeri Sembilan Sdn. Bhd.
Comments
Post a Comment