SEREMBAN - Keluarga remaja warga Ireland, Nora Anne
Quoirin, 15, yang ditemukan telah meninggal dunia, Selasa lalu kini sedang
membuat persiapan bagi membawa pulang mayat gadis itu ke United Kingdom.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Hal Ehwal Wanita,
Keluarga dan Kebajikan negeri, Nicole Tan Lee Koon berkata, perkara itu
diberitahu oleh ahli keluarga remaja itu dalam pertemuan bersama Timbalan
Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, di resort The Dusun
dekat sini hari ini.
"Kerajaan Malaysia bersama Kedutaan Ireland serta
Perancis akan bekerjasama untuk melaksanakan prosedur itu,” katanya dalam satu
kenyataan, hari ini.
Menurutnya, Wan Azizah telah meluahkan rasa sedih hingga
menitiskan air mata dalam pertemuan tersebut.
"Kak Wan (Wan Azizah) rasa amat sedih dan terus
meminta kebenaran memeluk kedua-dua adik Nora, iaitu Innes Julia dan Maurice
Arthur.
"Selepas itu, kami duduk atas sofa untuk berbincang
lebih lanjut. Ibu Nora, Meabh Jaseprine Quoirin diapit oleh Kak Wan dan
saya," katanya. - UTUSAN ONLINE

Comments
Post a Comment