Al - Fatihah - "Allah Sayang Saya" Tulis Kak Kin Di Media Sosial Setiap Kali Menjalani Rawatan Kemoterapi

PUTRAJAYA - Al-Fatihah (dengan bacaan). Pemergian yang pastinya dirindui oleh rakan-rakan seperjuangan seluruh negara. 

"Allah Sayang Saya" merupakan motivasi kekuatan Allahyarhamah Puan Norashikin Abdul Rahman setiap kali menjalani rawatan Kemoterapi yang berlangsung beberapa siri, bagi mengurangkan jangkitan virus kanser payu dara tahap empat yang dihadapinya beberapa tahun kebelakangan ini.
Gambar 13 Jan, 2017, Boling Srikandi Puteri NS
Allahyarhamah yang juga bekas Ketua Pergerakan Puteri UMNO Bahagian Rasah dan pernah memegang jawatan Ketua Pergerakan Puteri UMNO Negeri Sembilan, juga Bekas EXCO Pegerakan Puteri UMNO Malaysia telah kembali ke Rahmatullah di Institut Kanser Negara (IKN), Putrajaya, selepas Zohor, hari ini.

Merujuk kiriman whatsapp yang diterima, jenazah kini sedang disempurnakan di IKN, Putrajaya dan akan dibawa ke kampung halaman; Batu 13, Labu untuk disemadikan selepas Isya'.




Comments