Luak Ulu Muar Rakan Strategik Penubuhan Kelab Adat Pepatih SMKDAS

Seri Menanti - Luak Ulu Muar menyahut usaha mengalakkan Penubuhan Kelab Adat Pepatih di sekolah-sekolah di negeri ini.



Berikut di maklumkan oleh wakil Luak Ulu Muar, Yang Mulia (YM) Dato' Perdana Abdul Khalid bin Haji Ujang, di Majlis Pertandingan Teromba Daerah Kuala Pilah 2019 dengan tema 'Memperkasakan Adat Pepatih' seterusnya Pelancaran Kelab Adat Pepatih Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Abdul Samad (SMKDAS), Tanjong Ipoh, hari ini.

Pelancaran Kelab Adat Pepatih SMKDAS, dilancarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Keseniaan, Kebudayaan dan Adat Istiadat Melayu Negeri Sembilan, Yang Berhormat (YB) Tuan Mohamad Nazaruddin Sabtu.

Turut bersama menghadiri majlis ini; Penghulu Luak Ulu Muar, YM Dato' Bendahara Setia Maharaja Lela Pahlawan, Dato' Haji Mansor Yusof, Isteri Menteri Besar Negeri Sembilan, Datin Seri Hajah Wan Hasni Wan Yusof dan Pengarah Lembaga Muzium Negeri Sembilan, Drs. Shamsudin Ahmad.

Menurut YM Dato' Perdana, Pertandingan Teromba yang dilangsungkan pada hari ini merupakan satu pengisian  di dalam melaksanakan Pelancaran Kelab Adat Pepatih di SMKDAS.

Luak Ulu Muar merupakan 'Rakan Strategik' bagi Kelab Adat Pepatih SMKDAS dan akan sentiasa membantu terutamanya dari segi pengisian ilmu, aktiviti dan sebagainya.

Beliau turut mengharapkan kerjasama di peringkat Jawatankuasa Lembaga Luak Ulu Muar akan sentiasa dapat menyusun aktiviti berkaitan dengan adat.

"Terutamanya tentang cara hidup, peralatan adat dan pelbagai aktiviti bersama kelab yang telah ditubuhkan.

Katanya lagi; "Penubuhan ini merupakan lanjutan daripada Pelancaran Adat Pepatih di Daerah Kuala Pilah pada bulan September lalu.

Maka, Luak Ulu Muar menyahut cabaran yang diberikan dalam menjayakan dan melaksanakan Kelab Adat Pepatih di sekolah-sekolah.


Comments