Tahniah Produksi Teater 'Tanjong'

Seremban - Teater 'Tanjong' melabuhkan tirainya kelmarin selepas berpeluang membuat persembahan selama dua hari di Auditorium JKKN, Negeri Sembilan bermula Sabtu dan berakhir Ahad.

Menerima kehadiran Penghulu Luak Ulu Muar, Di Bawah Kaus Dato' Bendahara Setia Maharaja Lela Pahlawan, Dato' Haji Mansor Yusof bersama barisan Dato' Adat Luak Ulu Muar berserta Encik Radzi Omar, Pengarah Jabatan Kebudyaan dan Keseniaan Negara (JKKN) Negeri Sembilan, Encik Radzi Omar di hari pertama.

Sementara menerima kehadiran EXCO Kerajaan Negeri Sembilan, Nicole Tan Lee Koon, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sembilan, Dato' Phakaruddin Haji Ghazali di hari kedua.

Karya Profesor Madya Dr. Ahmad Rashidi Hasan, Teater Tanjong dibarisi barisan pelakon teater muda (pelapis) memegang watak-watak utama dibantu oleh pengiat teater veteran bagi mengimbangi pembawakan watak dan penceritaan.

Selain pemain-pemain layar dikalangan anak-anak muda yang baru berjinak di dalam seni teater, produksi bagi menjayakan persembahan selama dua hari ini juga masih baru.

Kelab Teater ASAR Negeri Sembilan baru ditubuhkan pada Mac tahun ini, hanya beberapa bulan sebelum persembahan Teater ini berlangsung 14 sehingga 15 Disember, kelmarin.

Tiada pengalaman bukan bermakna mereka tidak mampu mempersembahkan  secara baik. Walau terdapat beberapa kelemahan teknikal pada persembahan hari pertama, namun produksi mengambil inisiatif pantas bagi memperbaiki kelemahan tersebut.

Ini terbukti pada persembahan hari kedua, hampir tiada kekurangan teknikal berlaku dan 'aura' persembahan sejak mula babak sehingga akhir babak, mengikut arus pembawakan babak dan tidak keterlaluan.

Malahan rata-rata penonton memberi respon yang baik dan menyokong pembawakan watak protagonis sehingga ke watak antagonis.

Pemegang-pemegang watak ini mempunyai peminatnya tersendiri.

Secara keseluruhannya, pemain-pemain layar persembahan teater berjaya memainkan peranan masing-masing. 

Tahniah Produksi Teater 'Tanjong'

-------------------------------------------------

Tidak ketinggalan penulis.., 
Watak yang paling menarik minat penulis ialah yang memegang watak Setan, Fadle Isa.

Setan akan sentiasa menghasut manusia pada bila-bila masa pun juga.. beringatlah..




Comments