Patuhi Norma Baharu - Seri Menanti Funride Merdeka

SERI MENANTI, 24 Ogos - Seri Menanti Funride Merdeka @Komuniti 2020 berlangsung di Padang Awam Seri Menanti,  semalam dengan penglibatan lebih dari dua ratus penyertaan dari Putrajaya, Melaka, Johor, Port Dickson, Seremban, Kuala Pilah dan penduduk sekitar Seri Menanti.


Program ini dianjurkan oleh Ahli Dewan Undangan Kawasan Seri Menanti, YB Dato' Haji Abd Samad Ibrahim dan Jabatan Penerangan Negeri Sembilan melalui Pejabat Penerangan Daerah Kuala Pilah bertemakan Malaysia Prihatin 2020.

Penganjuran ini mengambil inisiatif daripada sempena menyambut Ulangtahun Kemerdekaan Malaysia Ke-63 pada 31 Ogos 2020, beberapa hari sahaja lagi.

Di sebalik penganjuran yang melibatkan ramai penyertaan ini, penganjur diingatkan supaya mematuhi 'Standard Operating Procedure' - SOP di mana ketika ini negara terlibat dan terdedah dengan Pandemik Covid-19 dan peserta perlu mematuhinya agar tidak mengwujudkan kluster baharu.

Setiap peserta diingatkan agar sentiasa menjaga penjarakkan sosial, sentiasa memakai pelitup muka dan hidung. Setiap peserta yang terlibat juga diwajibkan memeriksa suhu dan mendaftar mysejahtera untuk rekod secara dalam talian dan suhu dicatat melalui pendaftaran secara manual untuk simpanan pihak penganjur.

Mereka yang bergejala dan gagal di dalam pemeriksaan suhu akan diarahkan balik agar tidak menimbulkan kegusaran awam. Namun begitu, pematuhan dari peserta-peserta dalam aktiviti sihat ini amat baik dan membanggakan, kerana tiada peserta bergejala menyertai program ini.

Kayuhan basikal juga merupakan aktiviti mudah, santai dan menjadi minat kebanyakan orang awam kerana ianya amat mudah dikendali.

Malahan penganjur pula menyediakan laluan trek sejauh 20 kilometer melalui jalan kampung yang menjanjikan pemandangan menarik, berisiko rendah, namun begitu setiap peserta diingatkan agar berhati-hati sepanjang kayuhan kerana trek yang dilalui berkapasiti satu hala sahaja.


Selain pihak penganjur, program ini turut mendapat kerjasama yang baik dari Turus Trafik (JPJ) yang mengawal keadaan lalu lintas terutamanya di simpang-simpang, Jabatan Sukarelawan Malaysia - RELA, yang mengawal keluar masuk kenderaan di sekitar lokasi utama, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) yang mengikuti peserta kayuhan di atas faktor kesihatan dan keselamatan dan Klinik Kesihatan Seri Menanti.


Amat menarik, program ini turut menerima penyertaan dari Kelab Basikal Vintage, di mana terdapat basikal lama telah berusia puluhan tahun dan masih boleh digunakan.

Klik link untuk melihat lebih gambar : https://www.facebook.com/kamidiserimenanti/posts/142475097219686






Comments