YB Dato' Samad Sempurna Pelepasan Seri Menanti Funride Merdeka

 SERI MENANTI, 24 Ogos - Ahli Dewan Undangan Negeri Kawasan Seri Menanti, YB Dato' Haji Abd Samad Ibrahim telah melakukan pelepasan peserta Seri Menanti Funride Merdeka @Komuniti 2020, semalam.


Peserta funride ini terdiri daripada dua kategori penyertaan iaitu penyertaan 'Mountain Bike' dan penyertaan Vintage Bike (basikal lama).

Basikal lama ini pula pernah digunakan sebagai pengangkutan utama sekitar tahun 1940an, basikal pos yang diwarisi oleh pewaris dan sebagainya.

Mereka perlu menghabiskan laluan sejauh 20.2 kilometer yang bermula di Padang Awam Seri Menanti menuju ke jalan utama Seri Menanti menuju ke Kampong Tengah, kemudian memasuki simpang menuju ke Kampung Gamin Dalam kemudian keluar di Simpang Klinik Ulu Pilah dan melalui jalan utama dari Ulu Pilah melalui Kampong Sikai melalui Kampong Gunung Pasir dan Kampong Mertang melintasi Kampong Merual sebelum tamat di lokasi utama pelepasan iaitu di Padang Awam Seri Menanti.


Selepas menamatkan kayuhan berbasikal ini, para peserta menerima pingat penyertaan dan berpeluang memenangi cabutan nombor bertuah yang disediakan.

Dato' Samad di dalam ucapannya menyatakan bahawa penganjuran kayuhan basikal ini sebagai aktiviti santai dan melihat kepada kecenderungan dan minat orang awam yang menjadi tren sosial ketika ini.


Selain menerapkan kecintaan kepada tanahair yang akan menyambut ulangtahun kemerdekaan ke-63, beberapa hari sahaja lagi.

Kecenderungan dan minat masyarakat awam terhadap aktiviti santai kayuhan basikal ini juga mampu mengeratkan silaturrahim, menambah kenalan, mengimbau sejarah tanahair untuk mendapat kemerdekaan.

Rata-rata peserta yang mengikuti program ini juga amat menjiwai dan bersikap patriotik dengan kibaran jalur gemilang di basikal masing-masing.

Bagi urusetia dan agensi terlibat yang tidak mengikuti kayuhan, mereka terlibat dengan senaman aerobik, sementara menantikan kayuhan peserta berakhir.










Comments