BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA PENGHULU LUAK ULU MUAR


BERGAMBAR KENANGAN BERSAMA PENGHULU LUAK ULU MUAR

Peristiwa penting telah dirakam dan disunting untuk tatapan generasi akan datang dan ketika ini yang masih hidup. . Beginilah perjalanan Istiadat Perlantikan dan Pengisytiharan YM Dato' Lembaga dari mana-mana suku yang terdapat pada Lingkungan Adat Perpatih Luak Ulu Muar. 

Begitu pun juga.., paparan ini merupakan satu kejadian seseorang YM Dato' Lembaga diangkat menjadi Dato' Lembaga kepada satu-satu suku itu. 

Ianya berlaku selepas kembalinya keRahmatullah penyandang terdahulu dan mengikut giliran perut yang terdapat dalam suku tersebut. Giliran ini telah berlangsung beratus tahun lamanya. Dan tidak seorang pun boleh engkar pada ketetapan ini. . Sebelum YM Dato' Lembaga dilantik dan diisytiharkan oleh YM Penghulu Luak Ulu Muar, YM Dato' Lembaga tersebut tercalon diperingkat perut dan akan diadakan pemilihan sekiranya terdapat lebih dari satu calon. Sekiranya pencalonan dimenangi.., kerja seterusnya ialah memastikan bahawa isteri kepada Dato' Lembaga tergolong dari keluarga bersuku. Jika tidak bersuku, maka isteri Dato' Lembaga perlu 'berkedim' untuk masuk suku yang perlu berbeza dengan Dato' Lembaga. 

Banyak lagi proses yang perlu dilalui Dato' Lembaga yang pastinya akan dikongsi di masa-masa akan datang. In Shaa Allah, saya #DudiAziz akan usahakan dan dikongsikan bersama di dalam #ChannelVideo #Youtube ini. . Teruskan bersama saya untuk video-video berlangsung adat di masa akan datang. . Terima kasih. 

Jangan lupa #Subscribe #DudiAziz di #ChannelVideo #Youtube yang tidak akan hilang di arus zaman. . #GoogleSearch ajer yer.. thanks!!! 

https://youtu.be/qMSEoUXnzxY

Comments