PERKONGSIAN RISIKO MAKHLUK PEROSAK OLEH PENGUSAHA JAGUNG MANIS KG GEMETIR


#DudiAziz bersama Pengusaha juga Usahawan Jagung Manis, Kg Gemetir, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan.
.
Beliau berkongsi pengalaman mengusahakan ladang jagung manis di mana di Blok A, Fasa 2 musim pertama telah diserang makhluk perosak iaitu tikus.
.
Makhluk perosak ini telah merosakkan keseluruhan tanaman jagung dianggarkan sebanyak 90%, sementara 10% sahaja berbuah elok dan diserahkan kepada pihak kilang.
.
Walaupun berasa amat kecewa dengan apa yang berlaku, namun beliau dan pengusaha lain yang turut bersama tidak patah semangat dan meneruskan usaha ini dan mencari penyelesaian untuk menghindarkan serangan dari tikus di blok B dan C.
. Saya mendoakan agar masalah makhluk perosak ini dapat diselesaikan dengan kerjasama PPK Tanjung Ipoh, Kerajaan Negeri Sembilan dan agensi-agensi terlibat. .
Teruskan melayari #ChannelVideo #YouTube #DudiAziz, di mana sahaja anda berada.., #playlistvideomentaripertanian sebagai info pertanian, teknik penanaman, kaedah penyelesaian masalah musuh tanaman juga, teknikal.
.

Comments