ROMBONGAN SUKU TANAH DATAR 80 DATANG MEMBAWA HAJAT


Assalamualaikum wth dan salam sejahtera buat semua..,
. Video terdahulu, saya #DudiAziz telah membawa #VideoChannel #YouTube berkenaaan Adab Menjemput Rombongan Suku Tanah Datar 80 oleh To' Paduka Seraja Muhd Ali Mokhtar yang membawa Calon Mata Benih yang telah mendapat sokongan diperingkat anak buah Suku Tanah Datar 80 ke Balai Penghulu Luak Ulu Muar, Tanjung Ipoh, Negeri Sembilan. . Apabila rombongan Suku Tanah Datar 80 naik ke Balai Penghulu Luak Ulu Muar.., ibu soko dan buapak akan membawa tepak sireh, bujam epok dan ufti berbentuk persalinan, boko, masmanah menghadap YM Dato' Baginda Maharaja Haluan Sembah untuk diperiksa. . Bagi menghadap YM Dato' Baginda Haluan Sembah, ibu soko menyerahkan bujam epok di dalamnya terdapat sireh pinang yang dihidangkan kepada Pembesar-Pembesar, Orang Istana dan Dato' Lembaga di samping buat tetamu yang hadir. . Sementara Buapak pula akan menyatakan tujuan dan hasrat di hadapan YM Dato' Baginda Maharaja Haluan Sembah tujuan datang. . Selepas YM Dato' Baginda Maharaja Haluan Sembah berpuas hati dengan ufti yang akan di bawa Menghadap Penghulu Luak Ulu, maka YM Dato' Baginda Maharaja Haluan Sembah akan menghadap YM Dato' Bendahara Setia Maharaja, Setia Maharaja Lela Pahlawan Penghulu Luak Ulu Muar untuk menyatakan hajat rombongan Suku Tanah Datar 80. . Di hadapan Penghulu Luak Ulu Muar, ibu soko akan memulakan hajat dengan sekilas pantun sambil mempersembahkan Tepak Sireh. Di dalam tepak sireh akan terdapat sireh pinang dan setiap satunya dihidangkan kepada Penghulu Luak Muar, Dato' Lembaga Yang Empat dan tetamu kehormat yang lain. . Kemudiannya, Buapak pula akan mengambil giliran mempersembahkan masmanah, boko, persalinan dan beberapa ufti yang lain. . Teruskan menonton yer semua, untuk melihat peristiwa penting yang jarang berlaku ini dan boleh jadi berlangsung selepas hampir seratus tahun pada satu-satu suku di Negeri Sembilan yang mengamalkan Sistem Adat Perpatih ini.

Comments