BERKODIN AUR SERUMPUN - ADAT DAN PUSAKA (SOMBOLIH SEEKOR LOMBU JANTAN)

 ِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

.

Link Posting di KDSM : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=258632158937312&id=128721755261687

.

Page KDSM : https://www.facebook.com/kamidiserimenanti

.

BERKODIN AUR SERUMPUN . ADAT DAN PUSAKA

CIK NOR SYAFIQAH BINTI SULAIMAN

DARI SUKU TANAH DATAR 80 KE SUKU SELEMAK MINANGKABAU

.

BATANG PILAH, 13 MAC 2021 . 29 REJAB 1442H . SABTU

.

Istiadat Adat Berkodin Aur Serumpun, Adat dan Pusaka Cik Nor Syafiqah binti Sulaiman akan berlangsung esok di kediaman rumah ibu bapa angkatnya di Batang Pilah, Senaling.

.

Istiadat Adat berkedim ini bertujuan dan membolehkan Cik Nor Syafiqah binti Sulaiman mewarisi pusaka yang kebiasaannya dibuat oleh kaum perempuan yang diistilahkan juga sebagai ‘tunas menumpang’.


.

Cik Nor Syafiqah, 20 tahun,  merupakan anak kepada pasangan suami isteri iaitu Encik Sulaiman Baharudin (ayah angkat), dari Suku Tanah Datar 80 dan Puan Sarimah Shaari (ibu angkat), dari Suku Selemak Minangkabau yang dijaga sejak dirinya lahir lagi.

.

Kebetulan, Cik Nor Syafiqah berpangkat anak buah kepada ayah angkatnya, Encik Sulaiman yang merupakan adik kandung kepada ibu kandungnya.

.

Disebabkan ayahnya tidak mempunyai anak selepas melangsungkan perkahwinan selama sepuluh (10) tahun, dan kakak kandungnya baru melahirkan seorang anak, iaitu Cik Nor Syafiqah maka hasrat mengambil anak angkat yang merupakan anak buahnya juga dimaklumkan kepada kakak kandungnya ketika itu dan dipersetujui.

.

Maka pasangan suami isteri (ayah dan ibu angkat) Cik Nor Syafiqah menjaga dirinya seperti anak sendiri. Di beri makan dan minum, penjagaan kesihatan dan diberi pendidikan yang sempurna.

.

Memandangkan Puan Sarimah Shaari mempunyai tanah pusaka dan tidak mempunyai anak kandung untuk mewarisi tanah pusakanya, maka hasrat beliau untuk mewariskan tanahnya kepada anak angkatnya tidak boleh dilakukan, melainkan anak angkatnya itu menukar suku dari suku asal kepada sukunya iaitu Suku Selemak Minangkabau. Maka secara simboliknya Istiadat Berkedim Aur Serumpun perlu dibuat dan dilaksanakan.

.

Maka, seekor kerbau atau lembu jantan perlu disembelih. Penyembelihan ini berlangsung pagi ini di hadapan Buapak Suku Selemak Minangkabau, To’ Orang Kaya Haji Bahari Haji Abdullah dan Buapak Suku Tanah Datar 80, To’ Pangeran Abd Wahab Omar.

.

Bersama ketika penyembelihan dilakukan, Cik Nor Syafiqah Sulaiman, Puan Sarimah Shaari dan Encik Sulaiman Baharudin di samping anak buah – anak buah Suku Selemak Minangkabau.

.

Olek Istiadat Berkedim Aur Serumpun / Adat dan Pusaka berlangsung esok di kediaman rumah ibu bapa angkat Cik Nor Syafiqah Sulaiman, Batang Pilah, Senaling, 14 Mac 2021 bersamaan 30 Rejab 1442H, Ahad.

.

#AdatPerpatih

#LuakUluMuar

#BerkedimAurSerumpun

#SukuTanahDatar80

#SukuSelemakMinangkabau

#BatangPilah

#SembelihLembu

#KeluarSukuMasukSuku

.

Rujukan dan Semakan oleh;

YM To' Paduka Menti Kamaruzaman bin Hussin

Besar Waris Suku Selemak Minangkabau

Perut Datuk Putih Parit Luar

Luak Ulu Muar

.

Link di Telegram : https://t.me/mediakamidiserimenanti/81

Comments