بِسْمِ اللَّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيم
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ
.
.
DUN KAWASAN SERI MENANTI . 27 OGOS 2021 . JUMAAT
.
JEMAAH MASJID KAMPUNG IBOL YANG TELAH MENCAPAI 90% IMUNITI BERKELOMPOK
PERLINDUNGAN DALAMAN (VAKSIN LENGKAP)
.
YB Dato’ Haji Abd Samad Haji Ibrahim, ADUN Kawasan Seri Menanti menunaikan Solat Jumaat di Masjid Kampung Ibol, Terachi, bersama jemaah yang menerima vaksin lengkap dan matang bagi pencegahan penularan wabak Covid-19 (menerima perlindungan dalaman), semalam.
.
Jawatankusa masjid dan jemaah sekitar dimaklumkan telah menerima vaksin lengkap dan matang sebagai jaminan kawasan tersebut bebas beraktiviti, namun perlu mengingati dan mematuhi Prosidur Operasi Standard (SOP), yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) agar penularan wabak dapat dielak dan dikurangkan.
.
Ahli kariah sekitar yang mahu bersama solat berjemaah di masjid ini perlu melakukan pemeriksaan suhu, mengimbas QR kod di applikasi mysejahtera seterusnya menunjukkan sijil digital melalui applikasi mysejahtera sebagai jaminan.
.
Setakat hari ini, tiada jemaah dari luar kariah diterima untuk solat di masjid ini.
.
Selesai solat jumaat, YB ADUN Kawasan Seri Menanti yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjung Ipoh, turut menyampaikan hasil tanaman fertigasi sayur sawi kepada jemaah yang hadir.
.
Pada hari yang sama juga, beliau menziarah keluarga yang dikuarantin di sekitar kawasan.
.
.
.
Posting Negeri Sembilan Online :
.
Link FB Page Kami Di Seri Menanti : https://www.facebook.com/kamidiserimenanti
.
Link Telegram Kami Di Seri Menanti : https://t.me/mediakamidiserimenanti/242

Comments