DYMM TUANKU MUHRIZ SYUKUR NEGERI SEMBILAN MENCAPAI LEBIH 80% IMUNITI KELOMPOK (PERLINDUNGAN DALAMAN) GOLONGAN DEWASA

 


SEREMBAN, 3 SEPT 2021, JUMAAT – Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14, bermula hari ini.

Persidangan pertama ini disempurna dan dirasmikan oleh DYMM Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, di Dewan Undangan Negeri, Seremban.

Istiadat Perasmian Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Keempat Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan Yang Ke-14 berlangsung sederhana dan merujuk kepada Pematuhan Prosidur Operasi Standard (SOP) yang dikeluarkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) yang ditetapkan bagi mengekang dan mencegah penularan dikalangan yang hadir dan yang bertugas.

Di dalam titah baginda berkenaan penularan Pandemik Covid-19 yang melanda negara; “arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) merupakan langkah yang telah diambil oleh kerajaan untuk membendung penularan pandemik ini; namun banyak pihak yang terputus punca pendapatan disebabkan tidak boleh keluar bekerja ataupun diberhentikan kerja oleh majikan.

Menurut baginda; “Justeru bantuan bentuk wang tunai secara ‘one off’ diberikan kepada golongan penjaja dan peniaga kecil tanpa premis.

“Bantuan kepada Ketua Isi Rumah (KIR) yang kehilangan pekerjaan melalui Bantuan Kehilangan Pekerjaan turut diserahkan bagi meringankan beban bagi mereka yang terkesan.

Baginda di dalam titah ucapan turut merakamkan penghargaan dan sukacita di atas langkah Perlaksanaan Program Imunisasi Vaksin Covid-19 sebagai usaha bagi mewujudkan Imuniti Kelompok di negeri ini.

Menurut baginda; “bagi mencapai matlamat imuniti kelompok, lebih seratus  Pusat Pemberian Vaksin (PPV) meliputi hospital, Klinik Kesihatan, Indistri dan Pusat Pemberian Vaksin Bergerak (PPVB) telah disediakan.

“PPV Mega Pusat Pengajian Tinggi Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Nilai misalnya telah melaksanakan 1,500 suntikan sehari dan telah dinaikkan kepada 3,000 suntikan sehari selepas seminggu beroperasi.

“Sementara PPV Industri telah dimulakan di d’Tempat Country Club, Sendayan sebagai PPV Industri pertama di negeri ini.” Titah baginda lagi. 

Ujar baginda di dalam titah, sebanyak 180,000 dos bekalan vaksin telah disediakan pada Jun, namun telah dipertingkatkan melebihi 600,000 dos pada bulan Julai sehingga Ogos disebabkan oleh peningkatan penularan kes Covid-19 secara mendadak di negeri ini.

Baginda melafazkan rasa syukur dengan usaha yang dilakukan oleh pelbagai peringkat pengurusan, dimana berdasarkan kepada program kesedaran yang berkesan dan perlaksanaan PPV yang menyeluruh, jumlah dan bilangan rakyat Negeri Sembilan dewasa telah menerima lengkap dua dos vaksin telah mencapai melebihi 80 peratus.

Ini telah menjadikan Negeri Sembilan telah mencapai Imuniti Kelompok (herd immunity) seperti yang disasarkan bagi menjamin keselamatan, kesejahteraan dan kesihatan rakyat di negeri ini.

Seramai Enam Belas Orang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional hadir di Persidangan Pertama (Perasmian) Penggal Keempat, Dewan Undangan Negeri, Negeri Sembilan ke-14, di sini.

Persidangan bersambung 6 September (Isnin) sehingga 8 September (Rabu).

Comments