KUARANTIN - BANTUAN YB DATO’ SAMAD TIBA, SYUKUR 95% PENDUDUK TELAH TERIMA VAKSIN LENGKAP

 


KAMPUNG MAMPAS BESAR, 4 SEPTEMBER 2021 – SABTU

Seramai 37 buah keluarga dan isi rumah di kuarantin di Kampung Mampas Besar, Kampung Durian Hijau dan Kampung Mampas Kecil, di sini.

Mereka yang dikuarantin ini mendapat perhatian dari wakil rakyat Seri Menanti, YB Dato’ Haji Abd Samad Haji Ibrahim.

Beliau melihat ianya satu jumlah yang besar dalam keadaan yang serentak, namun ianya berada dalam kawalan semasa yang disebabkan oleh dua faktor.

Faktor pertama, hampir 95 peratus penduduk kampung telah menerima vaksin lengkap perlindungan dalaman pencegahan penularan Covid-19 dan vaksin matang.

Manakala faktor yang kedua pula, mereka yang dikuarantin merupakan kontak rapat kepada mereka yang tidak mengetahui keadaan kesihatan individu yang positif. Malahan mereka yang berstatus kontak rapat tidak keluar mana-mana daerah.

Walau keadaan masih terkawal, diingatkan agar semua penduduk kampung sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan. Agar apabila kita menjadi kontak rapat tanpa sedar,  gejala yang dialami dapat dirawat dengan baik dan kembali sihat seperti sedia kala.

Bersama ketika penyerahan sumbangan oleh YB Dato’ Haji Abd Samad Haji Ibrahim; Tuan Haji Muhamadan Mahmud dan Saudara Sharidan.

Menurut YB Dato’ Haji Abd Samad Haji Ibrahim di posting facebooknya semalam; “Alhamdulillah mutakhir di khabarkan jemaah masjid semuanya negatif.”

Link ADUN N16 : https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=4715629811788984&id=100000260357878


#YBDatoHajiAbdSamadHajiIbrahim

#ADUNKawasanSeriMenanti

#ADUNN16

#KamiDiSeriMenanti

#SeriMenantiDihati

#WakilRakyatDiHatiKami

#KitaOrangKampung

#BantuanKuarantin

#KampungMampasBesar

#KampungDurianHijau

#KampungMampasKecil

#KementerianKesihatanMalaysia

#KKM

#Frontliner

#HerdImmunity

#ImunitiBerkelompok

#PerlindunganDalaman

Comments