KUNJUNG HORMAT PMIBNS BERTEMU PENGHULU LUAK ULU MUAR

 

BALAI PENGHULU LUAK ULU MUAR, TANJUNG IPOH – 5 JUN 2022,

YM To’ Paduka Menti Kamaruzaman bin Hussin, Yang Dipertua Pertubuhan Melayu Islam Beradat Negeri Sembilan (PMIBNS), mengetuai rombongan pertubuhan bertemu Ke Bawah Kaus YM Dato’ Bendahara Setia Maharaja, Setia Maharaja Lela Pahlawan Dato’ Mansor bin Yusof, Penghulu Luak Ulu Muar, hari ini.

Kunjung hormat disambut oleh YBhg. Che Puan Datin Hajah Julibah binti Haji Mahat, isteri Penghulu Luak Ulu Muar serta YM Dato’ Perdana Abdul Khalid bin Haji Ujang, Setiausaha Kerapatan Luak Ulu Muar, di Balai Penghulu Luak Ulu Muar, Kuala Serdang, Tanjong Ipoh. 

Kunjung hormat kehadapan Penghulu Luak Ulu Muar itu, merupakan kunjungan pemula dan pertama dalam siri kunjung hormat PMIBNS keseluruh Luak di dalam Negeri Sembilan.

Di mana dalam siri kunjung hormat ini, PMIBNS membawa enam (6) teras perjuangan iaitu bermatlamat bersendikan hukum Al-Quran (syarak mengato adat memakai) yang berteraskan Adat Perpatih; Islam sebagai Agama Rasmi; Pertubuhan Berpelembagaan merujuk kepada Undang Tubuh Negeri Sembilan; Memelihara Hak Asasi Bangsa; Pendidikan Adat dan Pembangunan Ekonomi.

Selain daripada itu, menurut Yang Dipertua PMIBNS, kunjungan ini juga membentuk kerjasama Institusi Adat Luak Ulu Muar  bersama pertubuhan melalui pendidikan adat, memelihara, memperkasa dan memperjuangkan warisan serta budaya bagi mengembalikan imej dan menjadi ikonik pelancongan adat kepada generasi muda hari ini.

Hadir bersama rombongan PMIBNS, Naib Yang Dipertua PMIBNS Encik Mohamad Hafidz  bin Abu Bakar, Puan Maizatun Idris, Setiausaha PMIBNS, Cik Madihah Haji Bachik, Penolong Setiausaha, Puan Rohayu Win, Encik Abbas Hussin, Ahli Jawatankuasa PMIBNS serta ahli baru.

Dalam siri kunjung hormat itu juga diisi dengan sesi soal jawab salasiah sejarah kewujudan Luak Ulu Muar serta Institusi Pentadbiran di bawahnya yang diperincikan oleh YM Dato’ Perdana Abdul Khalid Haji Ujang, selaku Setiausaha Kerapatan Adat Luak Ulu Muar.

Menyantuni Penghulu Luak Ulu Muar, PMIBNS melalui Yang Dipertuanya, YM To’ Paduka Menti Kamaruzaman Hussin menyerahkan cendera kenangan PMIBNS bersama masmanah. Selain itu, boko tradisional berisi pulut kuning turut dipersembahkan kepada Di Bawah Kaus YM Dato’ Penghulu Luak Ulu Muar.

Siri kunjung hormat berakhir dengan sokongan serta satu motivasi pembangunan istitusi adat yang bakal di bawa oleh badan bukan kerajaan dalam sektor adat.

 

In Shaa Allah, Aamiin.

 

Terbitan

Media dan Biro Penerangan PMIBNS

Link  FB Page : 

https://www.facebook.com/102655608980275/posts/150608324185003/

Link Page : https://www.facebook.com/pmibns

Comments