KERAJAAN MALAYSIA : DAULAT TUANKU, DATO' SERI ANWAR IBRAHIM - PERDANA MENTERI KE-10

 TANJONG IPOH : Patik rakyat jelata mengucap dan merafak sembah ke atas Keputusan Istana Negara dan Majlis Raja-Raja di dalam memilih Perdana Menteri seterusnya membentuk Kerajaan Persekutuan yang tergantung selepas kabinet tidak dapat dibentuk; apabila keputusan pilihanraya umum (PRU) ke-15, tidak memihak kepada mana-mana parti bertanding.


Walaupun Pakatan Harapan (PH) mengungguli 82 kerusi, manakala Perikatan Nasional, 73 kerusi sedangkan Barisan Nasional (BN) hanya berjaya mengekalkan 30 kerusi sahaja, pada penggal kali ini.

Sementara bagi Gabungan Parti Sarawak (GPS) pula beroleh 23 kerusi, parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) menang 6 kerusi, Parti Warisan 3 kerusi, , Bebas 2 kerusi, Parti Bangsa Malaysia (PBM), 1 kerusi dan KDM 1 kerusi

Walaupun BN akur dengan kekalahan ini dan bersedia menjadi pembangkang berwibawa dan mengharapkan agar PH dan PN bergabung membentuk kerajaan, namun tidak ada persetujuan dan timbal balik yang setara bagi merealisasikan urusan pembentukan kerajaan persekutuan bagi penggal ke-15 antara parti PN dan PH.

Sehingga KDYMM Yang DiPertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Al-Marhum Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta'in Billah menitahkan perundingan mengwujudkan pembentukan Kerajaan Perpaduan.




Link : https://www.facebook.com/photo/?fbid=682152149935558&set=a.405726647578111

Parti BN, menjunjung Titah KDYMM Yang DiPertuan Agong. Kemelut pembentukan kerajaan berakhir hari ini.., selepas Majlis Raja-Raja membuat keputusan dan menamakan Dato' Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ke-10 Malaysia.

Terima kasih Tuanku.

DAULAT TUANKU 

DAULAT TUANKU

DAULAT TUANKU










Comments