P129 CALON 05 : KEPADA PENGUNDI AWAL - SELAMAT MENUNAIKAN KEWAJIPAN


 Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Alhamdulillah, saya Dato Adnan Abu Hassan, diberi kepercayaan sebagai calon Barisan Nasional untuk Parlimen Kuala Pilah (P129).
Saya telah berumahtangga dan mempunyai 5 orang anak. Isteri saya, Ramadhawati Wahab kini Pengetua di Sek Men Keb Dato’ Sheikh Ahmad, Seremban.
Sebagai anak jati Kuala Pilah, kawasan kita ini memang dekat di hati saya. Saya dahulu memulakan pendidikan awal saya di SK Senaling sebelum menyambung persekolahan ke Sek Dato’ Abdul Razak (SDAR), Seremban dan Sek Men Tuanku Muhammad Kuala Pilah. Saya kemudiannya meneruskan pengajian saya di Universiti Malaya dalam jurusan undang-undang dan meneruskan kerjaya saya sebagai seorang peguam, dan berjaya membuka firma guaman saya sendiri Adnan Rashid & Co.
Dalam perkhidmatan saya kepada masyarakat saya pernah berkhidmat selaku Pengerusi Lembaga Pengarah IYRES Malaysia @ Institusi Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (2013 - 2018) dan sejak 2021 saya telah dilantik sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Bank Rakyat sehingga kini.
Atas rasa sayang kepada Kuala Pilah, saya kembali berbakti di kampung halaman dan berkhidmat sebagai Adun Pilah (2008-2013) dan Adun Senaling (2018 - kini).
Saya dengan penuh rasa rendah diri merayu sokongan anda semua supaya saya dapat meneruskan bakti dengan mewakili anda semua sebagai Ahli Parlimen Kuala Pilah (P129).
Mohon disebarkan, terima kasih.

Comments