TANJONG IPOH - Dato' Adnan Haji Abu Hassan, Calon Barisan Nasional (BN) P129 Parlimen Kuala Pilah dan isteri bersama-sama jentera PDM Seri Menanti di Pekan Ahad, Tanjong Ipoh, pagi tadi.
Beliau dalam usaha kempen memperkenalkan diri sebagai calon kepada sekitar 63,308 orang pengundi bagi Parlimen Kuala Pilah.
Dalam walkabout tersebut, Calon BN turut bertembung dengan calon dari parti Pejuang, iaitu Saudara Kamarulzaman Kamdias serta calon dari parti Pakatan Harapan, Saudara Nor Azman Mohamad.
Pertembungan tiga penjuru di Pekan Ahad itu berlangsung dalam suasana aman, harmoni, dan tenteram.
Calon BN, berusaha sehabis baik menyantuni para peniaga dan para pengunjung bukan sahaja dikalangan orang tempatan namun mereka juga datang dari pelbagai daerah.
Kesempatan sama buat para peniaga dan pengunjung luar parlimen diingatkan agar turut memberi sokongan kepada calon-calon yang mewakili parti BN di mana sahaja berada. Demi Kestabilan dan Kemakmuran.
Comments
Post a Comment