KAMPUNG IBOL - Dato' Haji Abd Samad Haji Ibrahim, ADUN Kawasan Seri Menanti merangkap Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Tanjong Ipoh mengalu-alukan kehadiran calon Barisan Nasional (BN) di program Peladangnita PPK Tanjong Ipoh di PPDK, Jalan Tebing Tinggi, Kampong Ibol, hari ini.
Kehadiran Dato' Haji Adnan Haji Abu Hassan di program tersebut atas jemputan Peladangnita PPK Tanjong Ipoh.
Pelbagai aktiviti dirancang, dan calon BN P129 berkesempatan beramah mesra dengan anak-anak istimewa juga, selain dari penduduk kawasan berhampiran.
Dengan sambutan dari mereka yang hadir ke atas calon, sebagai wakil rakyat kawasan, Dato' Haji Abd Samad melihat sambutan pengundi-pengundi dan masyarakat Seri Menanti begitu menakjubkan.
"Begitu juga dengan jentera pilihanraya BN yang tersusun, terancang dan sistematik.
"Ini merupakan satu rahsia yang kuat kepada BN untuk menang dalam PRU ke-15." tambahnya lagi.
Menurut Dato' Haji Abd Samad, faktor calon, kerja kuat berserta latar belakang pendidikan merupakan satu bonus serta faktor menarik minat pengundi untuk membuat pilihan.
Selain, calon juga rajin bertemu pengundi. Ini merupakan satu kekuatan untuk pengundi-pengundi memilih beliau sebagai wakil ahli parlimen untuk penggal ke-15 ini.
Dato' Haji Abd Samad Haji Ibrahim, turut menerima handbill pengundian pada PRU-ke15 yang disampaikan oleh Puan Hajah S. Leza Md. Yassin, Penyelaras JR DUN Seri Menanti.
Artikel ini berserta video :
Comments
Post a Comment