P129 CALON NO. 5 : FITNAH TIDAK MENGHALALKAN CARA

SERI MENANTI : Calon Barisan Nasional (BN) P129 Parlimen Kuala Pilah, Dato' Haji Adnan Haji Abu Hassan memaklumkan kepada para jentera dan pengundi bahawa fitnah ke atas dirinya telah berlaku.

Beliau yang tidak mengulas lanjut berkenaan fitnah tersebut menyatakan bahawa tanda-tanda sudah semakin dekat untuk tarikh keluar mengundi pada 19 November 2022, ini.



Beliau berkata demikian ketika majlis ramah mesra dengan jentera dan pengundi-pengundi kawasan Seri Menanti yang hadir, di Kedai Kak Mastano, Seri Menanti, hari ini.

Beliau yang tidak mengambil mudah akan cerita tidak benar tersebut akan terus berjuang mewakili parti dengan istiqomah dan konsisten.

Ujarnya, "kita yakin dengan perjuangan BN. Kita tidak bercakap BN sebuah parti yang terbaik, BN bukan sebuah parti yang lengkap.., bukan juga parti yang sempurna.., tidak."

Tambahnya lagi; "Dalam parti kita yang besar seramai tiga juta orang ahlinya, ada dikalangannya juga disabitkan kesalahan."

"Siapa sebenarnya yang mendaulatkan undang-undang? Mahkamah telah bukti jatuh kita terima." ujarnya lagi.

BN bukan parti seperti parti disebelah sana, bila pemimpin disabit kesalahan, mereka menyalahkan Institusi Kehakiman. 

Heret rakyat ke jalanan. Sehingga keluar perkataan 'rakyat hakim negara.' Itu adalah sesuatu perkara yang amat retorik dengan mengatakan hakim tidak betul." tambahnya lagi.

Bila kena pada batang hidung pemimpin BN, "rasakanlah." 

Dato' Haji Adnan menjelaskan bahawa BN merupakan sebuah parti yang memahami perinsip perundangan.

BN tidak mengheret rakyat keluar kejalanan bagi mempertahankan pemimpin.

BN merupakan sebuah parti yang melakar sejarah yang panjang dalam mengurus tadbir negara.



Petikan Ucapan

Comments