KAMPUNG TENGAH - YB Dato' Haji Abd Samad Ibrahim, ADUN Kawasan Seri Menanti, memperkenalkan calon Barisan Nasional (BN) P129 Kuala Pilah, Dato' Haji Adnan Haji Abu Hassan ketika Program Konvensyen GAP, Kelab Generasi Muda RISDA (KGMR) dan Eksplorasi GAP Peringkat Negeri Sembilan di Laman Ejo, hari ini.
Kehadiran Dato' Haji Adnan Haji Abu Hassan, di sini bagi memperkenalkan diri dalam usaha mengambil semula kerusi ahli Parlimen Kuala Pilah yang sebelum ini dimenangi oleh parti Bersatu ketika Plihanraya Umum Ke-14 (PRU-14), diwakili Dato' Eddin Syazlee Shith dengan lebihan 200 jumlah undi sahaja.
Hadir sama di program ini, Dato' Seri Haji Mohd Salim Mohd Sharif, Pengerusi RISDA.
Dalam ucapan Dato' Haji Adnan, beliau berkongsi pengalaman bahawa sesungguhnya "kita merancang, Allah Merancang. Namun, perancangan Allah lebih baik lagi."
Memenangi kerusi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pilah ketika memegang jawatan sebagai Ketua Pemuda UMNO Bahagian Kuala Pilah (2008 - 2013) kemudiannya direhatkan ketika penggal ketigabelas kemudiannya kembali berkhidmat sebagai ADUN Kawasan Senaling pada penggal keempatbelas. Kini, diberi kepercayaan oleh parti UMNO mewakili BN bagi misi mengambil semula kerusi parlimen P129 Kuala Pilah.
Mengimbas perasaan ketika direhatkan adalah amat sedih dan kecewa, namun mendapat kata-kata motivasi dari seorang sahabat bergelar ustaz yang membawa maksud; "Kamu mungkin tidak suka sesuatu perkara itu, tetapi itulah perkara yang paling baik bagi kamu.
Beliau menyambung; "Bahawa sesungguhnya kamu suka akan perkara itu, tetapi itu mungkin tidak baik bagi kamu. Sesungguhnya, Allah SWT lebih mengetahui apa yang baik untuk kita.
"Aku yang memiliki kerajaan, aku yang menaikkan, aku yang menurunkan, aku memelihara seseorang dan aku yang menghina seseorang." ujarnya lagi bagi mentafsirkan ayat al-Quran dari sahabat bergelar ustaz.
Sesuatu yang terjadi ada hikmahnya dan beliau yakin bahawasanya Dato' Seri Haji Mohd Salim Haji Mohd Sharif akan sentiasa memberi khidmat dalam apa juga keadaan.
Membalas kata semangat dari Dato' Haji Adnan, beliau membantu dan menyeru kepada pengundi di kawasan parlimen Kuala Pilah, agar memberi undi kepada calon P129 Kuala Pilah pada 19 November 2022, Sabtu ini.
Katanya; "beri undi kepada orang yang baik. Yang ada pada kita hanya kuasa politik, kuasa ekonomi milik orang. Kita ini DNA UMNO. Kita berjuang dari nenek moyang dulu. Adakah hendak kita dustakan dengan apa yang telah kita dapat?"
Video
Comments
Post a Comment