P129 CALON NO. 5 : KITA TIDAK MENGKRITIK TETAPI BERSEDIA UNTUK BERKHIDMAT

 KUALA PILAH : Calon Barisan Nasional (BN) P129 Kuala Pilah, Dato' Haji Adnan Haji Abu Hassan bertemu jentera BN di Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) Pekan Lama, Kuala Pilah, semalam.

Pertemuan tersebut merupakan siri kempen calon BN di setiap PDM yang berlangsung dalam tempoh berkempen, di sini.

Beliau yang dulunya wakil rakyat DUN Pilah memperkenalkan diri sebagai calon ahli parlimen yang mewakili parti BN di hadapan jentera dan pengundi kaum Cina.

Pengundi kaum Cina di PDM Pekan Lama, antara penyumbang dan berpotensi memberi kelebihan kepada calon BN.

Dato' Haji Adnan di dalam ucapannya menyeru dan merayu agar memberi undi kepada BN yang diwakilinya.

Petikan ucapannya, "saya tidak mahu mengkritik kepimpinan parti di sebelah sana. Isu dia di sini adalah berkenaan perkhidmatan.

"Kita semua tahu, dia sakit, dan sakit ini tuan-tuan, ada masa sihat, ada masa sakit juga.

"Kita mengenengahkan tentang perkhidmatan. Pengundi di DUN Pilah ini tidak mendapat khidmat yang sepatutnya diberikan oleh seorang yang bergelar wakil rakyat.

"Saya tahu, kaum Cina mengutamakan perkhidmatan. Perkhidmatan yang sewajarnya diperolehi." tambahnya lagi.

Penampilan Dato' Haji Adnan sebagai calon BN di P129 Kuala Pilah memberikan satu kelebihan dan platform untuk berkhidmat.

Bukan sahaja memberi peluang kepada BN untuk menabur khidmat, malah merealisasikan BN agar dapat menubuhkan kerajaan. Satu kerajaan yang stabil dan makmur.

Penggal pemerintahan kerajaan yang tidak stabil menyaksikan negara mempunyai tiga (3) orang perdana menteri silih berganti dari parti berbeza.

Perdana menteri yang silih berganti dalam satu penggal yang sama membentuk imej yang tidak baik dan menyebabkan pelabur asing tidak berani melabur dalam negara.

Tegas Dato' Adnan Haji Abu Hassan, "tugas dan tanggungjawab kita di hari pembuangan undi nanti adalah untuk memastikan pengundi BN keluar beramai-ramai.

"Kita bukan hendak merampas dari Perikatan Nasional (PN), sama sekali tidak. Kita hendak mengambil semula apa yang hak itu dipulangkan kepada parti kita iaitu, BN." tambahnya lagi.


Artikel ini berserta video ucapan Dato' Adnan Haji Abu Hassan di PDM Pekan Lama, Kuala Pilah.






Comments