P129 CALON NO. 5 : MENDAPAT MAKLUM BALAS POSITIF DARI PENGUNDI TEGAR BN

 KUALA PILAH - Kemungkinan pada Pilihanraya Umum ke-15 (PRU15), Barisan Nasional (BN) mendapat sambutan dan sokongan yang begitu baik daripada pengundi-pengundi tegar BN berbanding PRU ke-14 yang lalu.

Ini berikutan dari berlakunya angin perubahan dan gelombang serta suasana berkempen yang dilihat kembali bersemangat.

Berikut kenyataan yang dikeluarkan oleh Puan Sri Hajah Bibi Sharliza Haji Mohd Khalid, Pengerusi War Room, PDM Pekan Lama ketika ditemui, semalam.

Beliau ditemui wartawan Negeri Sembilan Online (NSO) di majlis ringkas pertemuan jentera PDM Pekan Lama bersama calon BN P129 Kuala Pilah di bilik gerakan, Taman Fatimah, di sini.

"...dan kita mengharapkan aura untuk mendapatkan kemenangan seterusnya dapat mewujudkan kerajaan serta mendirikan sebuah kerajaan BN. Peluang ini dilihat amat cerah.

Beliau menambah; "saya melihat peratusan calon-calon yang diketengahkan oleh Presiden UMNO Malaysia, Dato' Seri Dr. Zahid Hamidi adalah sangat baik dan berkaliber.

Contohnya di P129, calon merupakan seorang anak muda yang mempunyai pendidikan Sarjana Muda Undang-Undang (Kepujian), Universiti Malaya, yang diketengahkan." ujarnya lagi.

Pemilihan ini merupakan satu pemangkin semangat kepada parti.

Dengan pendekatan yang dilakukan oleh Presiden UMNO itu diharapkan akan membuka mata anak-anak muda agar melihat BN telah melakukan perubahan yang amat ketara demi kebaikan.

Perubahan ketara ini telah berlaku di Pilihanraya Negeri (PRN) Melaka dan Johor seterusnya juga di PRU-15 dalam negara.

Ditanya pendapat mengenai undi anak muda, Puan Sri Hajah Bibi Sharliza menjelaskan bahawa ini merupakan satu cabaran pertama bagi mereka untuk menentukan pemimpin mereka di peringkat Malaysia.

Mereka pengundi muda juga diingatkan, ini bukan satu cubaan, tetapi satu cabaran. Satu penentu kepada kemenangan BN itu sendiri.

Nasihat beliau; "sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya.

Artikel ini berserta video temubual bersama Puan Sri Hajah Bibi Sharliza Haji Mohd Khalid.





Comments