P129 CALON NO. 5 : NEGERI SEMBILAN TIDAK BUBAR DUN - MB TIDAK LEPAS JAWATAN BERTANDING PARLIMEN PULA
TERACHI - "Saya orang parti. Saya serah kepada pucuk pimpinan. Kalau bertanya kepada saya secara pribadi, saya boleh bagi ruang kepada orang lain."
Ini berikutan, Dato' Haji Adnan Haji Abu Hassan masih menyandang sebagai wakil rakyat DUN Kawasan Senaling.
"Tetapi kerajaan negeri tidak dibubarkan. Kalau dibubar parlimen bersama dengan Dewan Undangan negeri (DUN), boleh kita tahu." ujar Dato' Haji Adnan Haji Hassan ketika menjawab soalan wartawan.
Pembubaran DUN Negeri Sembilan berlaku tahun hadapan apabila tamat tempoh penggal keempat belas.
"Ada orang bertanya kepada saya, orang cakap YB ni 'okap'!. Okap ni tamak. Saya bertanya semula, kalau saya tamak, MB lagi tamak! Jawatan MB dia nak, ahli parlimen PD dia nak, jadi ADUN Sikamat dia nak. Saya menjawab dengan soalan juga lah." tambah Dato' Haji Adnan Haji Abu Hassan.
Dato' Haji Adnan Haji Abu Hassan bertanya kenapa Kerajaan Negeri tidak membubarkan DUN seperti mana parlimen. Ini kerana sekiranya pembubaran berlaku serentak adalah lebih baik lagi kerana ianya akan menjimatkan kos.
Ujarnya; "buat berasingan ini akan menambahkan kos. Bila menambah kos, beratus juta lagi diperuntukkan. Bila beratus juta lagi diperuntukkan.., itu duit siapa? Duit rakyat.
"Mereka menegaskan selama ini mereka memperjuangkan hak rakyat. Tetapi tidak berlaku pembubaran di peringkat negeri, bermakna mereka tidak prihatin kepada hak rakyat yang mereka selalu adu dombakan." katanya lagi.
Carian media sosial Dato' Haji Adnan Abu Hassan, adalah seperti butiran di bawah.
Instagram : adnan.abuhassan (Klik Link : https://instagram.com/adnan.abuhassan?igshid=YmMyMTA2M2Y= )
Facebook : Dato' Adnan Abu Hassan (Klik Link : https://www.facebook.com/toknan.abuhasan )
Tiktok : Adnan Abu Hassan (Klik Link : https://www.tiktok.com/@adnan.abuhassan?_t=8XEb7zefnpC&_r=1 )
SUMBER VIDEO : https://negerisembilanonline.blogspot.com/2022/11/p129-calon-no-5-video-sidang-media.html
Comments
Post a Comment