P129 CALON NO. 5 : PASAR MALAM DAN PASAR TANI TUMPUAN BERTEMU LEBIH RAMAI LAGI PENGUNDI

 KUALA PILAH : Misi mengembalikan semula P129 Parlimen Kuala Pilah ke pangkuan Barisan Nasioal (BN).


Begitulah fokus dan tumpuan calon BN, Dato' Haji Adnan Haji Abu Hassan memperkenalkan diri mewakili parti di kawasan tumpuan ramai pengunjung dan peniaga.

Walaupun ramai peniaga dan pengunjung dari luar kawasan Kuala Pilah, tetapi calon dan jentera-jentera juga berpesan-pesan, agar kembalilah memberi undi kepada parti BN.

Bukan sahaja di Kuala Pilah, di parlimen lain juga di Negeri Sembilan ini.

Nota :

Petang semalam di Pasar Malam Melang. Pagi ini di Pasar Tani Kuala Pilah pula. Wartawan Negeri Sembilan Online tak ke Pasar Tani.., tetapi kita belanja gambar program pagi ini di Kodai Kak Mastano, Senanti.





















































Comments