KUALA PILAH - "Orang boleh menilai perkhidmatan saya dulu sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kawasan Pilah."
"Di Kuala Pilah, ketika itu ramai kaum Cina. Saya berharap mereka tahu dan dapat menilai perkhidmatan saya. Sebelum saya ke kawasan DUN Senaling, saya terlebih dahulu berkhidmat di DUN Pilah." ujar Dato' Adnan Haji Abu Hassan, calon no. 5 Barisan Nasional (BN) ketika menjawab soalan wartawan selepas perjumpaan dengan jentera MCA di Bilik Gerakan, Kuala Pilah.
Hasil perjumpaan bersama jentera MCA tersebut, calon BN (05) berharap kaum Cina di Kuala Pilah dapat menyokong dan memberi undi kepada BN.
Beliau mengulas lanjut berkenaan keyakinan untuk mengambil semula kerusi P129, Parlimen Kuala Pilah dari penyandang, parti Perikatan Nasional (PN), Dato' Eddin Syazlee Shith.
Jelasnya lagi, "saya sebagai calon yang mewakili parti meletakkan diri kepada satu keyakinan diri dan menolak untuk terlalu yakin. Bukan hendak melihat pesaing, tetapi melihat kepada diri bagi menawarkan khidmat kepada masyarakat.
"Saya berharap peniaian begitu, boleh diambil oleh pengundi kaum Cina, di sini." tambahnya lagi.
Sebagai wakil rakyat yang sedang berkhidmat di DUN Kawasan Senaling, Dato' Haji Adnan turut menekankan kepentingan memilih kerajaan yang stabil.
Ujarnya, "bila kita stabil, semua perkara boleh buat. Kaum Cina boleh meniaga dalam keadaan yang baik. Bila kita stabil, kita beri keyakinan kepada pelabur luar, pelabur asing untuk datang ke Malaysia."
Kemudahan asas, jaringan jalan raya antara pertimbangan yang akan dipertingkatkan.
"Cadangan untuk membuat jalan pintas supaya tidak berlakunya kesesakan diutamakan." ujarnya lagi.
"Saya bukan seorang yang menabur janji, tetapi berusaha sedaya upaya untuk melihat perkara ini." katanya.
Jika pengundi di Parlimen Kuala Pilah memilih calon BN (05) pada tarikh pembuangan undi 19 November 2022, Sabtu ini, perkhidmatan yang terbaik akan diusaha sebaik mungkin.
Menambah kepada usaha pembangunan di Kuala Pilah, Dato' Haji Adnan, ketika sebagai ADUN Pilah, telah mencadangkan agar dibina satu bangunan tambahan Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN), Kuala Pilah, yang sedang dalam pembangunan ketika ini.
Pembinaan yang bermula pada 2021 itu, merupakan cadangan darinya pada tahun 2008.
Tegas beliau, "sudah tentulah pembangunan ini mengambil masa kelulusan."
Comments
Post a Comment