SERI MENANTI : Jentera-jentera Barisan Nasional (BN) Bilik Gerakan Pusat Daerah Mengundi (PDM) di seluruh kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) N16 Kawasan Seri Menanti perlu berganding bahu membantu calon BN P129 Kuala Pilah mengambil semula Parlimen Kuala Pilah ke pangkuan parti BN.
Berikut seruan Dato' Haji Adnan Haji Abu Hassan kepada para pengundi sekitar Seri Menanti.
Lima puluh lima (55) PDM termasuk dua puluh lebih sub-PDM menjadikan jumlah keseluruhan hampir lapan puluh PDM keseluruhannya.
"Memang tidak terkejar, melainkan ada kereta terbang." ujar Dato Haji Adnan secara berseloroh.
Tambahnya lagi; "cadangan kereta terbang ini ketika zaman Menteri Pakatan Harapan. Walau logik tak logik, perlu juga kereta terbang."
Bukan sahaja cadangan kereta terbang, pelbagai lagi usaha menteri Pakatan Harapan yang diutarakan antaranya; minum sesudu minyak sawit setiap hari bagi membantu meningkatkan harga kelapa sawit.
Selain, menteri PH turut menyarankan agar menebang pokok sawit, pokok getah dan mengantikan dengan pokok buluh.
Selain itu menjanjikan tol tidak perlu dibayar, hutang PTPTN tidak perlu dibayar. Hutang peneroka beratus ribu dilupuskan.
Tetapi, ianya sekadar cakap-cakap politik, tidak dilunaskan pun.
BN tidak berjanji, tetapi ada bukti.
Dengar video juga
Comments
Post a Comment