P129 CALON NO. 5 : SAYA DAN JENTERA TIDAK BEKERJA DALAM ZON SELESA - MISI KAMI UNTUK MENANG

 TERACHI :  Misi mengunjungi dan menyantuni jentera-jentera Barisan Nasional (BN) di sekitar kawasan parlimen P129, Kuala Pilah menjadi fokus kepada calon BN P129 Parlimen Kuala Pilah.

Setakat empat hari berkempen, kunjungan dan santuni jentera -jentera BN di setiap bilik gerakan (Pusat Daerah Mengundi - PDM) diterima dengan hati terbuka.



PDM di tiga kawasan DUN yang diberi fokus lebih untuk dikunjungi antaranya DUN Kawasan Seri Menanti, DUN Kawasan Johol dan DUN Kawasan Juasseh.

Ini kerana calon BN P129, Parlimen Kuala Pilah pernah berkhidmat sebagai wakil rakyat DUN Pilah pada penggal ke-12 dan ketika ini merupakan wakil rakyat DUN Senaling.

Ditanya wartawan sama ada BN berpotensi menang; jawapan Dato' Haji Adnan adalah beliau tidak meletakkan diri dalam keadaan yang terlalu yakin. 

Sebagai calon yang mewakili parti, ikrarnya adalah berusaha dengan sebaik mungkin dan keselesaan itu, merupakan faktor sampingan.

Jentera BN juga tidak berada dalam zon selesa kerana banyak perkara yang perlu dilakukan untuk mendampingi rakyat, menarik keyakinan pengundi diluar sana untuk kembali memberi undi kepada parti BN.

Fokus ketika ini adalah mengunjungi semua 55 PDM yang berada dalam parlimen Kuala Pilah.

Dato' Haji Adnan yakin dan percaya sekiranya usaha ini dilakukan secara berterusan sepanjang tempoh berkempen dua minggu ini, hasilnya akan dapat dilihat selepas keputusan diumumkan.

Dato' Haji Adnan juga menambah, terdapat juga kaedah lain dilakukan terutamanya untuk menambat pengundi-pengundi muda yang mengundi di P129 ini; iaitu melalui media sosial. 

Di mana di situlah platform dan medium yang anak muda sering aktif berkomunikasi dan mendapat maklumat.

Carian media sosial Dato' Haji Adnan Abu Hassan, adalah seperti butiran di bawah.

Instagram : adnan.abuhassan (Klik Link : https://instagram.com/adnan.abuhassan?igshid=YmMyMTA2M2Y= )

Facebook : Dato' Adnan Abu Hassan (Klik Link : https://www.facebook.com/toknan.abuhasan

Tiktok : Adnan Abu Hassan (Klik Link : https://www.tiktok.com/@adnan.abuhassan?_t=8XEb7zefnpC&_r=1 )

SUMBER VIDEO : https://negerisembilanonline.blogspot.com/2022/11/p129-calon-no-5-video-sidang-media.html 

Comments