" Assalamualaikum,
Saya Adnan Haji Abu Hassan, calon P129 Barisan Nasional (BN) untuk Parlimen Kuala Pilah.
Hari ini kita ada program, iaitu kita 'walkabout' menyantuni peniaga dan menyantuni pengunjung di Pekan Ahad, Tanjong Ipoh.
Alhamdulillah, hari ini kita berjaya untuk berjumpa seramai mungkin pengundi-pengundi dalam kawasan DUN Seri Menanti ini yang mana mereka juga mengundi di Parlimen Kuala Pilah.
Dengan ini, saya merayu dengan rendah diri dan rendah hati memohon agar tuan-tuan dan puan-puan mengundi calon P129, Adnan Haji Abu Hassan mewakili BN dengan no. 05.
Undilah untuk Kestabilan dan Kemakmuran."
Dato' Haji Adnan Haji Abu Hassan
Calon BN P129 Ahli Parlimen Kuala Pilah
Comments
Post a Comment