SERI MENANTI - "Agenda siapa yang mereka perjuangkan? PRU14 dulu agenda siapa? Tidak lain dan tidak bukan merupakan agenda DAP.
"Nasib baik Allah izinkan bertukar balik", ujar Dato' Adnan Haji Abu Hasan, calon Barisan Nasional (BN) P129 Parlimen Kuala Pilah.
Allah SWT telah berikan kita peluang kali kedua dan peluang itu perlu diambil ikhtibar supaya kita tidak semakin mengecil dan terus mengecil.
Apa lagi agenda mereka? Mereka mahu memperkecilkan lagi saiz penjawatan awam iaitu sebanyak 1.6 juta penjawat awam dikatakan membebankan kewangan utama negara.
1.6 juta penjawat awam yang dimaksudkan oleh mereka itu, sebilangannya adalah terdiri daripada orang kita.
"Pencen misalnya. Jika ditambah setahun lagi, besar kemungkinan pencen pun tiada. Pencen itu dikatakan telah menaikkan kewangan negara.
Dan siapakah yang mendapat pencen jika sebilangan besarnya merupakan orang Melayu sendiri.
Dato' Haji Adnan menegaskan bahawa agenda-agenda seumpama ini telah berada dalam manifesto DAP itu sendiri sejak 10 tahun yang lalu.
Dalam ucapan Dato' Haji Adnan juga, agenda DAP itu tercapai melalui perpecahan yang kita hadapi pada hari ini.
Di mana, bangsa Melayu merebut satu kek yang sama.
Beliau memberi gambaran bahawa pada PRUke-12 lalu, DAP memenangi 28 kerusi kemudiannya meningkat kepada 38 kerusi pada PRUke-13 seterusnya meningkat kepada 42 kerusi di PRUke-14.
"Inilah yang saya hendak tegaskan, buka mata, buka mata kalbu, mata hati kita.. sehingga bila perlu berlakunya perpecahan ini." katanya lagi.
Comments
Post a Comment