KAMPUNG TENGAH - YB Dato' Haji Adnan bin Haji Abu Hassan, Calon Barisan Nasional (BN) P129 Parlimen Kuala Pilah meluangkan masa bertemu jentera tiga belas (13) PDM dan Pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Kawasan Seri Menanti, di Ladang Alam Warisan, Kampung Tengah, semalam.
Siri pertemuan N16 bertemu Calon BN P129 merupakan inisiatif YB Dato' Haji Abd Samad Haji Ibrahim, ADUN Kawasan Seri Menanti menemukan para jentera dan pengundi.
Ianya bertujuan bagi memberikan suntikan semangat kepada jentera PDM dan pengundi dalam menempuhi hari-hari berkempen.
Dalam pertemuan ringkas tersebut, YB. Dato' Haji Adnan, mengucapkan penghargaan dan terima kasih di atas sokongan jentera PDM DUN Kawasan Seri Menanti yang menunjukkan semangat kesiapsiagaan mendepani PRU15 ini.
Beliau percaya, kesiapsiagaan yang ditunjuk oleh jentera PDM N16, misi mengambil semula P129 Parlimen Kuala Pilah kepada Barisan Nasional (BN) akan berjaya.
Beliau yang meletakkan kedudukan parti sebagai keutamaan, menyeru kepada semua jentera menjadi duta maklumat kepada pengundi-pengundi muda, selain itu keutamaan perlu diberi kepada pengundi yang masih meneliti parti mana yang perlu diberi undi. Juga hubungan baik dikalangan ahli UMNO perlu dijaga dan dipelihara agar tidak ada hati dan jiwa sensetif dan berkecil hati.
"Mandat ahli, perlu terus dijaga dan dihargai." Ujarnya lagi di hadapan seramai 150 para jentera PDM N16 Kawasan Seri Menanti.
Sementara YB Dato' Haji Abd Samad Haji Ibrahim, ADUN Kawasan Seri Menanti pula memberi jaminan, bahawa semangat kekeluargaan yang sedia terjalin oleh warga N16, akan menjadi penyumbang utama kepada kemenangan P129 ini kelak.
Bersama di majlis santai, dua orang bekas Wakil Rakyat DUN Kawasan Seri Menanti, YBhg. Dato' Dr. Ramli bin Ujang dan Dato' Hashimuddin Kadir.
Turut hadir; Saudara Khairolnezam Shaari, Naib Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Puan Hajah S.Leeza Md Yassin, Naib Ketua Wanita UMNO Bahagian Kuala Pilah dan Saudara Mohammad Sufian Haji Madradzi.
Comments
Post a Comment