Kuantan:
Mahkamah Tinggi Temerloh hari ini melepaskan dan membebaskan bekas diplomat,
Datuk Zainal Abidin Alias dan anaknya, Mohamed Rizal daripada semua pertuduhan
berkaitan pengedaran ganja seberat 989.6 gram, penyimpanan minyak ganja serta
penanaman 102 pokok ganja di sebuah rumah di Janda Baik, Bentong, pada Mei
2022.
Hakim
Roslan Mat Noor membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan gagal
membuktikan kes prima facie terhadap Zainal Abidin, 82,
dan Mohamed Rizal, 56, di akhir kes pendakwaan.
Peguam
Muhammad Farhan Shafee, yang mewakili anak beranak itu berkata, mahkamah
mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap kedua-dua
tertuduh dengan memetik jurang penyiasatan yang ketara, kemustahilan dari segi
topografi serta kegagalan mengaitkan tertuduh dengan barang terlarang yang
ditemui di hartanah tersebut.
Beliau
berkata, mahkamah menerima hujahan pembelaan bahawa 102 pokok ganja yang
ditemui di hartanah tersebut tidak dapat dilihat secara fizikal dari lokasi
tertuduh pertama (Zainal Abidin) semasa tangkapan dilakukan.

Comments
Post a Comment