Seremban: Skuad Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC mahu meneruskan momentum kemenangan ketika melayan kunjungan Negeri Sembilan FC (NSFC) dalam aksi Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Selayang (MPS), malam esok.
Jurulatih
pasukan, Eddy Gapil berharap anak buahnya dapat memberikan komitmen tinggi
dalam pertembungan itu nanti bagi menterjemahkan perancangan pasukan dan
memastikan kutipan tiga mata dari laman sendiri dapat diraih.
"Memang
menjadi harapan saya agar momentum kemenangan ke atas Kelantan tempohari dapat
diteruskan ke atas Negeri Sembilan.
"Saya
percaya kemenangan kedua yang dicatatkan musim ini telaht meningkatkan
keyakinan diri pemain dan seterusnya merangsang untuk mereka meningkatkan lagi
tahap prestasi bagi menterjemahkan keputusan positif, malam esok.

Comments
Post a Comment