REKREASI DAN SEJARAH : GUNUNG ANGSI, ULU BENDUL

Gunung Angsi ialah sebuah gunung yang terletak di antara Ulu BendulKuala Pilah dan SenawangSerembanNegeri SembilanMalaysia dan mempunyai ketinggian setinggi 825 meter (2,702 kaki).[1] Ia merupakan salah satu tarikan bagi Hutan Rekreasi Ulu Bendul dan terbuka bagi pendakian.[2] Gunung Angsi terletak di dalam hutan lipur yang telah ditubuhkan pada tahun 1972 dengan luas kawasan pembangunan ketika itu adalah 6.9 hektar. 

Pendakian Gunung Angsi biasanya mengambil masa selama empat jam yang melalui trek sepanjang 4.5 kilometer sepanjang Sungai Batang Terachi. Dari puncak Gunung Angsi, pendaki boleh menikmati pemandangan kawasan bandar raya Serembann dan juga gunung ganang di sepanjang ekor selatan Banjaran Titiwangsa seperti Gunung Telapak Buruk, Gunung Berembun, Gunung Datuk dan Gunung Tampin. Ia agak mencabar dan pendaki boleh tersesat sekiranya tidak biasa dengan dengai hutan, di tambah dengan laluanya yang amat mencabar.

Hutan Ulu Bendul merupakan hutan simpanan yang kaya dengan pelbagai pokok tropika seperti pokok meranti, pokok keruing, damar hitam dan pokok mersawa.

Sebuah pusat peranginan bukit kecil pernah bertapak di Gunung Angsi pada awal abad ke-20 yang menempatkan sebuah banglo, terletak pada ketinggian 762 meter (2500 ka) dari aras laut.

Sejarah Lisan
Gunung ini diceritakan menempatkan seorang ketua suku bernama Dato' Paroi yang mampu menjelma menjadi seekor harimau jadian malah menjadi penghulu kepada semua harimau yang berkeliaran di Negeri Sembilan; gunung ini dikatakan menjadi tempat semua harimau ini bertumpu untuk berguru silat dan mengaji dengannya. Ia pernah menjadi tempat keramat dikunjungi orang Melayu dan Cina setempat memberi hadiah penghormatan kepadanya pada abad ke-19.

Comments