Gunung Datuk, juga dikenali sebagai Gunung Rembau, merupakan sebuah gunung terletak di antara Batang Nyamor, Rembau dan Kuala Johol, Kuala Pilah, Negeri Sembilan, Malaysia, berketinggian setinggi 884 meter (2,900.26 kaki).
Bersama dengan Gunung Tampin,
gunung ini merupakan salah satu dua gunung di penghujung selatan banjaran Titiwangsa.[1]. Tambahan
lagi, kedua-dua gunung tersebut adalah sebahagian daripada laluan Trans-Naning.
Sejarah
Dinamakan sempena Datuk Perpatih Nan Sebatang (pengasas Adat Perpatih),
gunung ini memainkan peranan yang penting dalam lipatan sejarah Negeri
Sembilan. Ini kerana, di gunung ini beliau bermusyawarah bersama
pemimpin-pemimpin lain untuk melantik seorang datuk lembaga yang baru pada
sekitar tahun 1372. Oleh itu, ia juga terkenal dengan gelaran Gunung
Beradat.
Jenis hutan
Gunung Datuk mempunyai hutan Dipterokarp Bukit dan hutan Dipterokarp Atas. Terdapat banyak
flora di gunung ini
yang mempunyai nilai perubatan.
Fakta Menarik
Tentang Taman Eko-Rimba Gunung Datuk
Terletak di Hutan Simpan Tampin yang terdiri dari
jenis hutan Dipterokarp Bukit.
Puncak Gunung Datuk berada pada ketinggian ±650
meter memberikan pemandangan panorama 360˚ yang menarik kepada para pendaki
Gunung Rembau dan Gunung Gagak antara puncak yang
paling hampir dengan Gunung Datuk ini.
Tahukah Anda
Gunung Datuk digunakan Datuk Perpatih Nan Sebatang untuk mengumpul ketua-ketua adat dan mengisytiharkan gelaran serta nama penyandang Datuk Lembaga.
Lokasi
Terletak 10km dari Bandar Tampin melalui jalanraya Tampin ke Seremban atau 35km dari Bandar Seremban.

Comments
Post a Comment