Setiap kali musim raya tiba, pasti akan muncul pelbagai trend baharu di
media sosial
Namun bagi penceramah bebas,
Asma' Harun, ada satu trend yang dirasakan semakin melampaui batas adab.
Menerusi satu perkongsian di Facebook, beliau
sekali lagi menegur trend berjoget ketika menerima duit raya yang semakin tular
sejak kebelakangan ini.
Menurutnya, perbuatan tersebut bukan sahaja kurang sopan malah boleh
menghilangkan sifat malu yang sepatutnya dijaga dalam masyarakat.
"Jangan dibuat lagi tahun
ni trend ambil duit raya berjoget-joget. Tua muda jadi hilang sopan dan sifat
malu," katanya.
Tambahnya, menerima duit raya sepatutnya dilakukan dengan penuh adab dan
kesyukuran.
Beliau menjelaskan, adat yang lebih baik adalah memberi salam, mengucapkan
terima kasih dan bersyukur atas rezeki yang diberikan.
"Bila ada yang beri duit raya, ikutlah adab dan adat kita. Pertama, salam.
Kedua, ucap terima kasih. Ketiga, bersyukur atas rezeki Allah beri," jelasnya.
Bimbang jadi perbuatan maksiat terbuka
Gambar sekadar hiasan.
Dalam masa sama, beliau turut
mengingatkan bahawa perbuatan melakukan perkara tidak baik secara terbuka dan
dikongsi di media sosial boleh termasuk dalam kategori 'mujaharah'.
Ia merujuk kepada perbuatan melakukan maksiat secara terang-terangan yang
ditegah dalam agama.
"Perbuatan mengisytiharkan maksiat iaitu melakukan maksiat secara
terang-terangan adalah antara dosa besar yang dicegah dalam agama," katanya.
Tahun lalu, beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila trend sama menjadi
ikutan ramai wanita Islam daripada pelbagai peringkat umur.
"Tolong fikir sebelum ikut trend ambil duit raya kena joget kemudian
rakam dan hantar di media sosial. Ramai wanita Islam tua dan muda buat
sama," katanya lagi.

Comments
Post a Comment