KUALA PILAH - Seramai 10 Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) mengangkat sumpah jawatan sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan
Negeri (Exco) Negeri Sembilan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,
Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Besar Seri Menanti di sini pada Jumaat.
Turut berangkat,
Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud dan
kedua-dua putera baginda Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku
Muhriz dan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain Al-'Abidin Tuanku Muhriz.
Hadir sama,
Undang Luak Sungei Ujong dan Undang Luak Rembau.
ADUN BN yang
mengangkat sumpah ialah
Datuk Mohd Faizal Ramli(Linggi), Datuk
Zaifulbahri Idris(Chembong), Datuk Mustapha Nagoor(Palong) dan Datuk Mohd Asna
Amin(Lenggeng).
Turut mengangkat
sumpah ialah, Datuk Mohd Razi Mohd Ali(Sungai Lui), Siti Nur Umaira
Hasim(Labu), Siow Kong Choon(Chennah) dan Suhaimizan Bizar(Gemencheh).
Dua ADUN daripada PN ialah, Mohd Fairuz Mohd
Isa(Serting) dan Datuk Razali Abu Samah(Sikamat).
Majlis istiadat
itu turut dihadiri Menteri Besar, Datuk Ismail Lasim yang baharu mengangkat
sumpah Ahad lepas.
PRN Negeri
Sembilan yang berlangsung Sabtu lepas menyaksikan BN memenangi 18 kerusi
daripada 36 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), manakala PN tujuh, sekali gus
diberi mandat membentuk kerajaan negeri bagi penggal baharu.
Sumber : Sinar Harian

Comments
Post a Comment