KUALA
PILAH - Ketua UMNO Bahagian Kuala Pilah, Datuk Ismail Lasim mengangkat sumpah
jawatan sebagai Menteri Besar Negeri Sembilan pada Ahad.
Ismail,
63, yang merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh mengangkat sumpah
jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku
Munawir di Istana Besar Seri Menanti di sini, pada jam 11.20 pagi.
Turut
berangkat ke Istiadat Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah
Menteri Besar Negeri Sembilan itu ialah Tunku Ampuan Besar, Tuanku Aishah
Rohani Tengku Besar Mahmud; Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali
Redhauddin Tuanku Muhriz dan Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan, Tunku Zain
Al-'Abidin Tuanku Muhriz.
Hadir
sama, Undang Luak Sungei Ujong dan Undang Luak Rembau.
Ismail ketika Istiadat
Penyerahan Watikah, Pelantikan dan Mengangkat Sumpah Menteri Besar Negeri
Sembilan di Istana Besar Seri Menanti pada Ahad.
Pada
kerajaan negeri lepas, Ismail memegang portfolio Exco Pendidikan dan Modal
Insan.
Ismail
telah berkhidmat sebagai ADUN Senaling dari tahun 1999 hingga 2018 dan sekali
lagi dari 2023 hingga 2026.
Dari
2018 hingga 2023 pula, beliau berkhidmat sebagai ADUN Juasseh.
Pada
Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16, beliau menewaskan Mohd
Aidil Abdullah dari Pakatan Harapan dan Mohd Zuhaimi Md Yusof dari Parti
Pribumi Bersatu dalam pertandingan tiga penjuru.
Ismail
memperoleh 6,907 undi berbanding 2,816 yang diperoleh oleh Mohd Aidil dan 506
undian oleh Mohd Zuhaimi.


Comments
Post a Comment