KUALA PILAH -
Menteri Besar Negeri Sembilan yang baharu, Datuk Ismail Lasim meluangkan masa
menziarahi pusara ibu dan bapanya di Tanah Perkuburan Islam Tebing Tinggi di
sini selepas mengangkat sumpah jawatan pada Ahad.
Beliau yang
ditemani isteri Datin Noraishah Othman juga kelihatan sebak semasa berdoa di
pusara orang tuanya.
Bapanya Lasim
Yaman meninggal dunia pada 5 Mac 2020 pada usia 97 tahun manakala ibunya Bedah
Othman pada 16 September 2014.
Terdahulu,
Ismail yang memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Juasseh pada Pilihan
Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16 mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar
di hadapan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di
Istana Besar Seri Menanti di sini.
Keputusan PRN
Negeri Sembilan semalam menyaksikan Barisan Nasional (BN) berjaya memperoleh 18
kerusi DUN manakala Perikatan Nasional (PN) mendapat tujuh kerusi, sekali gus
membolehkan dua gabungan itu membentuk kerajaan negeri dengan majoriti dua
pertiga. - Bernama
Comments
Post a Comment